Tuesday, September 2, 2014

Pengamin

Satu suap , 
Pakcik pakai tongkat lalu .

Satu suap ,
Adik datang kutip derma untuk madrasah.

Satu suap ,
Makcik dan anak kecik lalu tunjuk sign suap.

Aku baru tiga suap.

Sumpah. Aku paham.
Bila apa sahaja keluar dari kudratku aku ikhlas tapi .. 

Aku tak kasi bila tangan baru sesuap.
Orang sekeliling pandang.
Aku buat muka tak senang.
Orang sekeliling pandang.

Tuan kedai pun sama. 
Benar. 
Dia pun nak dapat fardhu kifayah.
Tapi beragaklah.

Mereka dimana mana.
Cuba dek betah orang sekeliling.
Kita sama sama nak dapat saham.

Aku buntu.
Tak kasi kesian.
Kasi.
Ramainya datang. 

Sepatunynya budaya ini tiada.
Sebab aku pasti malaysian adalah negara yang paling mudah kesian. 
Paling senang bersedekah.
Tidak perlu paksa.

Aku tahu ada yang kata.
Tak nak kasi diam.
Dah kasi ikhlas. 
Diam ! 

Ironinya golongan ini jadi banyak.
Worst . Cakap melayu pun tak pandai.
Takkan duduk Malaysia cakap melayu tak boleh. 
Menipu sangat awak ni.

Aihh kan kata. 
Last last.
Aku jugak kena pelurunya.

Oh kerajaanku.
Dengarlah 
Pandanglah 
Budaya mencerminkan bangsa ! 

Ps : jangan pandang sebelah mata. Menderma bukan untuk di show off ! Ini tulisan ikhlas 😘

No comments:

Total Pageviews