Friday, August 12, 2011

Jumaat al barakah ...

Dingin dan masih mengantuk tapi ku gagahi jua perjalanan pagi ini...
I don't know how to start but since I log in into my pc , i did not managed to do my job! Its all about the email that I had received today morning .. Not one .. But a few from different sender .. Although it was forwarding email... Tapi method nya sama di perbincangkan ...

nauzubillah min zalik! Terlalu ramai umat Muhamad terpesong akidah.. Aku insan yang kerdil cuma ingin mendapat syafaat nur nya dengan by my writing ... Moga pahala itu dapat dikongsikan bersama ...

Hati saya merintih ! Pedih bila baca kisah aishah bukhairi , anak melayu yang beragama islam memohon haknya sebagai menukar agama . Mungkin saya bukan alim , tapi bukan juga naif untuk menilai ... Saya search thru google and i got the info .. Masya allah ...
Anak yang dilahirkan dari seorang ayah nya adalah imam ! Bukan tu saja , anak yang dibesarkan dengan didikan mengenal allah , boleh mengatakan ayahnya mengurungnya .. Memaksanya .. Apakah kebebasan yang dicari, masya allah ... Betapa luluh hati seorang ayah , sedangkan kita anak kita menjawab hati terdetik inikan pula dituduh sedemikian rupa ...

Apa yang sangat ralat , bila undang undang itu rapuh ... Bila undang undang itu punyai banyak pilihan ... Saya baca juga kes Hartina haji kamarudin atau nama hindunya Nivasni Rajeswari.

Saya turut baca kisah Tun Salleh Abbas.. Masya allah.. Harga yang dibayar olehnya hanya allah yang dapat membalasnya ...

Sama samalah kita berdoa , panjatkan kesyukuran padanya moga kita terselamat dari fitnah ahkir zaman...

P/s: bila baca .. Try to seach nama nama di atas .. Pahami .. Maybe boleh olah dan put in ur ur blogs ... Sama sama kita ingat mengingati ... Sayangkan agama kita .. Insya allah

Wednesday, August 10, 2011

Wanita itu ...

I just finished watching the theater at malaymovie. Ntah kenapa tertarik to write kisah wanita ini ... Saya tidak mengenali but I remembered that I watched the documentary when I was in amsterdam "The Time Just Stool Still  dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam documentary itu.

Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Wolkenfelt seorang rakyat belanda yang di jaga keluarga angkat di Kemaman. Saya sendiri tidak pernah membaca atau terbaca atau dicerita kan mengenai wanita bernama Natrah sehingga melihat sendiri wawancara di TV Belanda. Masih ingat lagi saya bersama sama teman teman melihat wawancara itu, terdetik di akal fikiran kiranya ada movie atau cerita mengenainya saya ingin mengetahui.


Saya ingat bila saya bertanya pada abah , dia menyuruh saya bertanya pada arwah atuk ; Haji Jaafar Yunus sebab dulu atuk keje sebagai kastam di Chukai, Kemaman. He not reviled that much. Dia cuma cakap ada pertumpahan darah kerana marah sangat orang pada bangsa asing kerana memurtadkan Natrah. yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan kematian  mempertahankan akidah seorang muslimah ...
Natrah tidak asing kepada mereka yang cintakan Islam bukan saja di negara ini bahkan umat Islam di seluruh dunia juga. Tragedi yang menimpa dirinya dan juga gara-garanya menjadi lambang kepada betapa pengorbanan umat Islam dalam membela agamanya terlalu tinggi dan luhur. Umat Islam bukan saja sanggup melakukan apa saja memperjudikan darah untuk menjaga kesucian agamanya sanggup digadai..Allahhuakbar!

Dan , lepas beberapa tahun saya dengar ada theater Natrah di IB, I'm so excited to go unfortunately the ticket has been sold very fast. And I remembered when I asked few friend to come along they never heard about Natrah. Mungkin saya bertuah kerana melihat documentary itu.. Itu pun kerana wawancara Cikgu Mansor seoarang melayu yang buat saya tertarik ingin tahu.Thank you kak Emma  , finally my imagination come true ... probably sebab is in dutch without the subtitle .. hehhe

Irioni nya ... jiwa saya tersentuh , dan saya pasti Natrah saat dan ketika itu menyayangi  ibu aminah . Walaupun tiada kebenaran hakiki diolog itu adalah benar . Namun saya diterapkan dengan derita wanita ini . Ditinggalkan ibu ketika zaman jepun , dikahwini atas dasar cinta pada usia 13tahun dan dilarikan kembali ke pangkuan keluarga yang beragama katolik sedangkan dibesarkan dan mengucap kalimah syahadah dengan lancar ! Allahu akbar!Mungkin juga perasaan sebak dan terharu akan memenuhi diri apabila mengenangkan nasib dan liku-liku kehidupan yang pernah ditempohi Natrah yang begitu sulit, tragis dan menyedihkan.
Sebenarnya perjalanan Natrah atas dunia ini sungguh mencabar peribadinya dan tidak terungkap oleh sesiapa pun secara hakiki.Entah bagaimana perasaan sebenar wanita ini. Deritanya amat panjang . Melahirkan zuriat yang ramai- sepuluh orang . Cerita nya berada didinding akhbar dia juga dikatakan ingin membunuh suaminya sendiri. Wallahualam bi shawab.
Tragedi yang berlaku di sebalik pencaroba dilalui Natrah adalah satu simbol dan papan tanda sejarah untuk umat Islam negara ini  yang mungkin sengaja dicetuskan Tuhan dengan tujuan-tujuannya yang harus ditafsirkan dengan makrifah mendalam. Saya sendiri tidak paham kenapa tiada yang perkatakan tentang wujudnya wanita bernama Natrah. Tidak diterapkan dalam pelajaran mengenali pejuang masa sekolah dulu .. even I'm sure some of us masih tidak tahu siapakah Natrah... Mungkin kerana sejarah itu milik Singapura , tetapi bukankah islam itu tiada sempadan? Tiada negeri , Tiada color membezakan ? Wallahualam bi shawab..


Di tahun 2009, tatkala Natrah kembali kepada Allah yang berita murtad bukan lagi berita yang menggemparkan.Selepas dia dilarikan , cerita itu lenyap.. Mungkin impact besar pada ketika kejadian tetapi selepas setahun tiada yang cuba mencarinya (Natrah) kembali. Saya bukan prujudice tetapi tiada fakta mengatakan bahawa usaha dilaksanakan walaupun saat itu Natrah sudah pulang ke negara asal. Mungkin ketika itu , islam tidak sekuat sekarang atau teknologi yang ada membuatkan islam itu maju.. Maaf itu cuma ideologist saya yang mungkin salah. Hatta ingin selitkan kalau kalau kita lupa cerita Raja Bahrin yang mempertahan agama anak anaknya , hingga sanggup jadi buruan pihak berkuasa Australia...Usahkan mahu memandang dengan sebelah mata, kewajaran murtad pula mahu dipertahankan!

Ketika umat Islam terbebas daripada penjajah British dan menjadi pemerintah di bumi sendiri, jiwa mereka yang pernah merdeka itu hakikatnya kembali terjajah terpenjara hingga tiada lagi suara yang membela , kerana Natrah meninggalkan kita dengan nama "Maria Bertha Hertogh" - Wallahualam bi shawab

Iftar ..burpppp

Rindu gila pada bonda, apatah lagi pada nenda yang banyak simpan kisah duka ... Tapi marah pada daddy masih ada .. Bukan apa lewat usianya something shouldn't be happen .. Happen ... Tapi bila ramadhan datang lagi .. Jiwa kecik ini tersentuh.. I miss them badly. I remembered i did called mom and she said proceed without them ...


Seingat aku , this is my first time gathered without our parents along .. As usual my handbeg always be myside.. Susah senang , tatkala marah or gembira ... They both also banyak simpan kisah duka mommy di perantauan ye tak ...

   
“Home is a place not only of strong affections, but of entire unreserved; it is life's undress rehearsal, its backroom, its dressing room, from which we go forth to more careful and guarded intercourse, leaving behind...cast-off and everyday clothing.”~ Harriet Beecher


We had a good time for iftar @ The Zon Residence . Good momment to be call classic one day ... To remember how we actually need each other ..

Honestly it was our first time together, dulu tak kesempatan .. Tambahan pula bila ada yang free ada yang cant make it .. Atau kita masih jahil untuk mengerti keindahan ramadhan ?
Ramadhan is something special walaupun aku sendiri masih belum terlalu bersatu untuk itu..

Percayalah ... Welcoming ramadhan is the best moment that i never felt before.Masya allah! Terima kasih Allah , hambamu ini terlalu taksub keindahan duniawi hingga lupa akan yang fardu.. Keindahan nya yang terlalu abstrack yang tak ternilai dengan hanya berpuasa tanpa mengerti mengapa ianya menjadi rukun islam Islam ketiga..

Ramadhan is a very important part of every Muslim’s life. Ramadhan is the month of giving and mercy, and during this month Allah blesses the believers with forgiveness and great reward.

This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals. We should ask ourselves what we want to achieve this month, -something we will carry into our futures...
Keinsafan itu datang dari hati , bukan dibuat buat dengan kata-kata ...


For mom and dad we will see u both during raya , insya allah ...

Sunday, August 7, 2011

Miss the thing ....

Lama ! Hati merajuk atau apa ntah aku pn kurang pasti .. Hanya allah yang mampu ku panjatkan segala derita ... Lama gila tak jumpa , tapi tak sangka i met him again di MAC boutique KLCC .. Arggg sama with the mother and with the only sister!

Dulu .. Pernah juga tersimpan satu dendam .. Yela mana tak nya , all about the mother ... All about the the sister.. Hehehh but today im a mother , i can even predict the feeling eventhough my children is growing now ..takutnyaaaa... Hahahhah ...

Ingat lagi dulu , bila dating je kena balik cepat nak antar kucing p vet la , dobi la ... Punya la susah nak spend masa sesama.. Tapi lama jugak relationship kami .. Five years although tak begitu setia ..hahahha
~ gaduh , baik balik , gaduh ... Kelakar ... Tapi tak da jodoh jugak ahkirnya .. Aku yang mengalah .. Angkat kaki , cari someone yang takda parents; bukan apa experince gila with someone that you love is actually mommy boy !

Dia masih segak , masih sweet ... Siap introduce aku pada mak nya yang kerek rambut blonde tu .. "nilah gf i yang tak jadi katanya "
Aku cuma senyum ... Malas nak melayan ... Ishhh classic !!!


Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi 2011

Terus-terang, aku memang suka sangat dengan kedatangan Ramadahan ini. Kalau zaman kanak-kanak/remaja dulu semasa di kampung, aku tak nafikan suka amat dengan kepelbagaian juadah , keluarga besar jadi waktu berbuka itu terasa sangat indah dengan riuhan sana kami yang suka berebut2 makanan. Walaupun juadah kami tidak semewah mana, tetapi aktiviti ‘berebut’ itulah yang membuatkan kami berselera makan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Seronoknya menikmati zaman itu tambahan pula arwah atuk masih ada saat itu ... terasa meriah saya hingga sekarang , terasa arwah atuk masih segar tatkala ramadhan datang .. teratak itu tempat kami ber terawih setiap kali semua berkumpul ...

Apabila mula bekerja , aku agak lupa pada ramadhan .. Bukan lupa keindahan ramadhan tapi lupa juadahnya , lupa terawih nya; aku tak ingat sepanjang bekerja aku ada jejaki kaki di masjid untuk ibadah terawih... betapa ruginya aku ... aku tak ingat bila aku menziarahi bazar ramadhan sepanjang ramadhan tapi itu semua dulu ; sudah tiga kali aku mengisafi kehadiran ramadhan . Menangisi agar ramadhan datang lagi .. Bermutajat agar dia hadir lagi ... betapa indahnya jiwa tatkala dia hadir .. betapa sejuknya hati tatkala dia menghampiri .. Allahhuakbar !

Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat aku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.
Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!

Total Pageviews