Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Ramadhan 2015

Rindu ramadhan .
Rindu terawih .
Bulan paling aku rindu sejak berhijab.
Bulan yang aku tungu tunggu .
Barakah nya .
Rezekinya .

I am just an ordinary person .
The biggest mistake in mylife is - I buat anak anak I sedih of my decision . 
Masa tu , I cuma fikir my future , my life . - "my" yang buat I silap . Its all about me . 

It will come a stage that you got to make a decision to benefit everybody .
And I took with an open heart .
Masya Allah . Indah rupanya .
sebab .. 
Jalan ke syurga tak mudah . Mahal harga sebuah pengorbanan . 
Ya .. aku yang daif juga ingat merasai nikmat syurga . salah ke ? 

Every single day , Aku nak jadi baik . Aku bukan orang alim . Tapi aku nak jadi baik . aku nak hidup dengan orang yang baik baik . Aku nak bergaul dengan yang baik baik . Sebab yang baik boleh ajar aku jadi lebih baik .

Ramadhan .
Tarbiah sebuah perjalanan indah. 
Yang lerai sisa hitam . biarklah dia pergi . Moga sisa sisa itu menjadi bait bait memori . 

Maafkan segalanya .
Dari hujung rambut , hingga hujung kaki .
Padamkan segala dendam .
Let it go .
Dan aku pilih untuk lupa .
Setara mana lupa itu ? 
Sekeras calaran kucing di lengan .
Luka pulih . Parutnya masih .

Salam ramadhan .


Wednesday, August 10, 2011

Iftar ..burpppp

Rindu gila pada bonda, apatah lagi pada nenda yang banyak simpan kisah duka ... Tapi marah pada daddy masih ada .. Bukan apa lewat usianya something shouldn't be happen .. Happen ... Tapi bila ramadhan datang lagi .. Jiwa kecik ini tersentuh.. I miss them badly. I remembered i did called mom and she said proceed without them ...


Seingat aku , this is my first time gathered without our parents along .. As usual my handbeg always be myside.. Susah senang , tatkala marah or gembira ... They both also banyak simpan kisah duka mommy di perantauan ye tak ...

   
“Home is a place not only of strong affections, but of entire unreserved; it is life's undress rehearsal, its backroom, its dressing room, from which we go forth to more careful and guarded intercourse, leaving behind...cast-off and everyday clothing.”~ Harriet Beecher


We had a good time for iftar @ The Zon Residence . Good momment to be call classic one day ... To remember how we actually need each other ..

Honestly it was our first time together, dulu tak kesempatan .. Tambahan pula bila ada yang free ada yang cant make it .. Atau kita masih jahil untuk mengerti keindahan ramadhan ?
Ramadhan is something special walaupun aku sendiri masih belum terlalu bersatu untuk itu..

Percayalah ... Welcoming ramadhan is the best moment that i never felt before.Masya allah! Terima kasih Allah , hambamu ini terlalu taksub keindahan duniawi hingga lupa akan yang fardu.. Keindahan nya yang terlalu abstrack yang tak ternilai dengan hanya berpuasa tanpa mengerti mengapa ianya menjadi rukun islam Islam ketiga..

Ramadhan is a very important part of every Muslim’s life. Ramadhan is the month of giving and mercy, and during this month Allah blesses the believers with forgiveness and great reward.

This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals. We should ask ourselves what we want to achieve this month, -something we will carry into our futures...
Keinsafan itu datang dari hati , bukan dibuat buat dengan kata-kata ...


For mom and dad we will see u both during raya , insya allah ...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi 2011

Terus-terang, aku memang suka sangat dengan kedatangan Ramadahan ini. Kalau zaman kanak-kanak/remaja dulu semasa di kampung, aku tak nafikan suka amat dengan kepelbagaian juadah , keluarga besar jadi waktu berbuka itu terasa sangat indah dengan riuhan sana kami yang suka berebut2 makanan. Walaupun juadah kami tidak semewah mana, tetapi aktiviti ‘berebut’ itulah yang membuatkan kami berselera makan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Seronoknya menikmati zaman itu tambahan pula arwah atuk masih ada saat itu ... terasa meriah saya hingga sekarang , terasa arwah atuk masih segar tatkala ramadhan datang .. teratak itu tempat kami ber terawih setiap kali semua berkumpul ...

Apabila mula bekerja , aku agak lupa pada ramadhan .. Bukan lupa keindahan ramadhan tapi lupa juadahnya , lupa terawih nya; aku tak ingat sepanjang bekerja aku ada jejaki kaki di masjid untuk ibadah terawih... betapa ruginya aku ... aku tak ingat bila aku menziarahi bazar ramadhan sepanjang ramadhan tapi itu semua dulu ; sudah tiga kali aku mengisafi kehadiran ramadhan . Menangisi agar ramadhan datang lagi .. Bermutajat agar dia hadir lagi ... betapa indahnya jiwa tatkala dia hadir .. betapa sejuknya hati tatkala dia menghampiri .. Allahhuakbar !

Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat aku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.
Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!

Total Pageviews