Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi 2011

Terus-terang, aku memang suka sangat dengan kedatangan Ramadahan ini. Kalau zaman kanak-kanak/remaja dulu semasa di kampung, aku tak nafikan suka amat dengan kepelbagaian juadah , keluarga besar jadi waktu berbuka itu terasa sangat indah dengan riuhan sana kami yang suka berebut2 makanan. Walaupun juadah kami tidak semewah mana, tetapi aktiviti ‘berebut’ itulah yang membuatkan kami berselera makan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Seronoknya menikmati zaman itu tambahan pula arwah atuk masih ada saat itu ... terasa meriah saya hingga sekarang , terasa arwah atuk masih segar tatkala ramadhan datang .. teratak itu tempat kami ber terawih setiap kali semua berkumpul ...

Apabila mula bekerja , aku agak lupa pada ramadhan .. Bukan lupa keindahan ramadhan tapi lupa juadahnya , lupa terawih nya; aku tak ingat sepanjang bekerja aku ada jejaki kaki di masjid untuk ibadah terawih... betapa ruginya aku ... aku tak ingat bila aku menziarahi bazar ramadhan sepanjang ramadhan tapi itu semua dulu ; sudah tiga kali aku mengisafi kehadiran ramadhan . Menangisi agar ramadhan datang lagi .. Bermutajat agar dia hadir lagi ... betapa indahnya jiwa tatkala dia hadir .. betapa sejuknya hati tatkala dia menghampiri .. Allahhuakbar !

Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat aku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.
Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!

No comments:

Total Pageviews