Thursday, November 17, 2011

Jiwanya ~

Jiwanya ini mungkin terusik.. bukan apa hatinya juga macam orang lain . Punyai perasaan ... Punyai naluri ...
Kadang kala salah ditafsir , salah pengertian .. Macam mana nak faham kalau tidak cuba belajar untuk faham..

Amarahnya sama macam orang lain , kerana dia juga punyai hati ... lidahnya juga punyai rasa.. kerana perasaannya selalunya tidak apa apa ...
Bila berkokok kesudahannya terlalu perit,
Keringatnya tidak pernah dihargai ...
Peluhnya tidak pernah berhenti ...

Jiwanya mungkin terusik tatkala hati orang lain perit .. kesudahan hatinya tiada siapa yang mengerti.. Dia sendiri tidak pasti ..
Ketawanya seolah disalah erti juga , apakah mereka - mereka ini mahu tatkala hati terusik bertanya...

Jiwanya mungkin terusik tatkala ada pula bertanya .. pasti mereka - mereka tidak faham kalau tidak masakan bertanya ; kan ?

Tapi bila jiwanya terusik bak badai menghempas ganas ; Dia ; tiada suara , ukiran senyumannya pernuh paksa...

Jiwanya mungkin terusik tatkala ada saja jari menundingnya tapi yang lebih pasti bila hak itu bukan hak hatinya...

No comments:

Total Pageviews